Thursday, April 17, 2008

Riwayat aku


Aku tak tau macamana nak up load gambar aku kat sidebar. Aku hantam sajala labu.
Selama 14 tahun aku kerja kat Petrochemical dan akhirnya aku diberhentikan dengan alasan aku sakit. Yang peliknya company aku hantar aku berubat sampai pergi Hospital Selayang selama 2 minggu. Selepas Dr sahkan yang aku dah boleh bekerja semula akhirnya company buang aku atas alasan aku sakit.
Sewaktu bekerja aku terjatuh dan patah tulang belakang. Aku dimasukkan ke Puteri Specialist (PSH). Aku dibedah hampir 8jam dan sedar2 aku kat wad icu. Aku cakap dengan misi kenapa aku kat wad icu bukannya aku ni nak mati(he..he..he..). Dr bagitau aku dia terpaksa masukkan titanium sebanyak 6 batang kalau tak aku lumpuh, tercengang aku. Selama hampir 2 tahun aku berulang-alik ke hospital dan akhirnya pulih. Bila aku nak naik kerja semula aku kena buang pulak. Tu yang buat aku frust. Duit socso memang dapat sebab aku mohon sakit hilang upaya kekal.
Aku pergi pejabat socso sebab bini aku suruh ambik back to work program. Dia terpengaruh dengan iklan kat tv tu. Aku submit surat back to work prgm bulan 11 sampai sekarang takde apa2 berita.
Nantilah aku sambung balik cerita, ramai pulak order burger.
(aku dah bukak syarikat printing)
Huuh lamanya aku ambil masa nak updateee
Lepas aku dapat duit sosco aku terus settle hutang-hutang aku lega rasa. Ada balance sikit aje. Bini aku sibuk nak bukak kedai printing. Katanya kat Tiram ni tak ada orang melayu yang buat printing/stationery jadi aku pun setuju. Agak lama jugak buat research nak barang apa yang nak dibeli.
Akhirnya aku ambil keputusan naik KL cari barang-barang nak buat printing. Aku ada 2 kedai dalam kepala hotak aku 1 tu MTO Global lagi 1 tu Ahniqibra kat Alam Sentral.
Aku ni bukannya tau sangat jalan kat KL so aku call member aku Kamaruddin, dia ni la yang bawak aku pergi Bangsar. Kat Mto Mr vincent layanla aku tapi penerangannya agak laju. Pada masa tu aku rasa nak grab aje machine tu (maklumla duit ada kat kocek) tapi member aku minta diri dulu. Dia tarik aku keluar suruh cool down. Dia suruh aku pergi Alam Sentral tengok barang-barang kat sana. So aku pun pergila jumpa En. Ahmad. Kira-kira penerangan dia lagi ok berbanding kat mto. Aku nak close deal dengan dia member aku ni tarik aku lagi laaaa apa lagi la pulak aku dah tak sabar nak start bukak kedai printing ni. Last sekali dua-dua pun tak jadi beli. Kawan aku ni suruh aku study lagi.
Aku cakap dengan kawan aku, aku tak nak balik tangan kosong so aku ajak dia pergi Low Yat aku nak beli laptop. So akhirnya sehari suntuk kat kl dapatla aku beli sesuatu(laptop). Moral of the story jangan beli terburu-buru. Seminggu tu aku consult dengan kedua-dua kedai via phone call last sekali aku decide ambik dengan ahniqibra yang kat alam sentral sebabnya dia orang kita keduanya dia janji ajar sampai pandai.

Wednesday, April 16, 2008

Berdiri bukan takut pada tumbang,

berlari bukan takut pada bayang,

naik bukan memijak lawan,

hebat bukan menumpang kawan,

bangkit dengan pendirian peribadi,

maju dengan kemampuan sendiri

Thursday, April 3, 2008

Bicara Politik

Biarlah saya jelaskan saya masih Ahli UMNO, yang saya anggotai sejak 3 Mei, 1986. Saya nasionalis dan internasionalis sekaligus, tetapi sejak tahun itu, nasionalisme dan internasionalisme saya didefinasikan oleh pandangan hidup Islam, yang ditafsirkan selaras dengan Zaman Sains dan Teknologi moden.

Pada malam rebut besar melanda bumi Malaysia pada 8 Mac yang lalu, saya harap Presiden UMNO, setelah menyeru ahli-ahli UMNO supaya bertenang menerima kekalahan mereka, akan mengumumkan pemanggilan suatu sidang tertutup Perhimpunan Agung Khas UMNO dalam masa dua minggu untuk membincang kekalahan itu. Saya jangka beliau akan berunding dengan Biro Politik Majlis Tertinggi untuk menggariskan ucapan beliau kepada Sidang Khas itu dengan menekankan falsafah perjuangan UMNO dan orang Melayu. Kalau saya di tempat beliau, inilah yang akan saya lakukan.

Tetapi Presiden UMNO memilih untuk menyerahkan pengkajian tentang keputusan pilihanraya umum ke-12 itu kepada sebuah Jawatankuasa Bebas, langsung tidak menyebut tentang Perhimpunan Agung Khas, mengatur supaya pelbagai kumpulan dalam UMNO dan di luar UMNO menyokong kepimpinan beliau dan terus menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional yang baru di peringkat Pusat.

Pada waktu yang sama, perpecahan UMNO nyata dengan kelewatan penubuhan kerajaan-kerajaan Negeri, di bawah B.N, di Perlis dan Terengganu. Sebagiannya kerana tidak dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet baru, Setiausaha Agung UMNO meletak jawatan. Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, meminta suatu Perhimpunan Agung Khas dan mengishtiharkan beliau akan mencabar Pak Lah sebagai Presiden UMNO.

Pada waktu yang sama, sesetengah media arus perdana memainkan sentiman perkauman orang Melayu. Sesetengah orang Melayu merasa begitu risau, tetapi mereka keliru tentang apa yang patut dibuat. Dalam keadaan kelam-kabut ini, timbul desakan dan panggilan untuk menyatupadukan orang Melayu.

Apa akan jadi? Selaku orang Melayu yang cintakan bangsanya, saya merasa terpanggil untuk mengemukakan pendapat saya.

Pertama sekali, kita jangan gelabah dan panik. Sebagai orang Islam, kita jangan putus asa. Tuhan Maha Penyayang. Masa depan kita masih terbuka. Jika kita bertenang dan berfikir secara rasional, kita boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang, menghapuskan kelemahan-kelemahan, dan terus meningkat maju.

Majlis Tertinggi UMNO perlu memanggil suatu Sidang Khas Perhimpunan Agung UMNO dengan segera, seperti yang telah saya katakan. UMNO milik tiga juga ahli-ahli UMNO dan enam juta orang Melayu. Ia bukan milik presidennya atau beberapa kerat Ahli Majlis Tertingginya. Krisis UMNO sekarang perlu dibahas oleh Perhimpunan Agung. Ini hak mereka yang mutlak. Barangsiapa menafikan hak ini daripada mereka melanggar Perlembagaan UMNO dan tidak layak memimpin UMNO!

Aku sebenarnya dah malas berbicara tentang politik tapi kekuatan orang melayu hanya pada politik yang lain hancurrrr